Ibarat ladang yang perlu dijaga, disiram dengan air dan baja, begitulah juga wanita yang sedang berusaha untuk hamil atau trying to conceive (TTC).

Perlu ada setting yang baik agar tanaman yang diharapkan akan tumbuh dengan subur.

Perlukan tapak yang gembur dan subur, air yang cukup serta cahaya matahari yang menyinari.

Untuk hamil pula setting yang bagaimana?

3-tips-persediaanpentinguntuk-hamil

Kata kuncinya merancang kehamilan.

Persediaan penting untuk hamil ini perlu ditekankan. Ramai masih keliru apabila ditanya mengenainya. 

Kebiasaannya, persediaan bakal ibu banyak berkisar persiapan menyambut bayi. Baju, barut, minyak telon, diapers. Tetapi si ibu mungkin tidak optima persediaan dirinya sendiri untuk hamil.

Merancang kehamilan bukan bermaksud bila nak baby lahir (prospecting child’s birthday) dengan merancang bila untuk hamil, sebaliknya menyediakan diri bakal ibu untuk hamil.

Persediaan penting sebelum hamil daripada segi apa?

3 tips ini penting untuk bakal ibu tahu.

  1. Dapatkan berat badan unggul atau BMI ideal.

Masalah obesiti adalah masalah epidemik masa kini. Kesannya komplikasi kepada ibu dan bayi. 

Wanita boleh sukar nak hamil, masalah penambahan berat badan semasa hamil dan selepas melahirkan.

Risiko masalah kesihatan semasa hamil seperti darah tinggi, kencing manis, darah beku. Apa yang merisaukan penyakit ini boleh kekal selepas melahirkan. 

Jika melahirkan secara Caesarean, luka juga lambat sembuh dan cenderung mendapat jangkitan kuman berbanding mereka yang BMI normal.

Komplikasi kepada bayi seperti boleh dikesan lebih besar daripada purata saiz bayi dalam umur kandungan yang sama. Selain itu, risiko mendapat tahap gula tinggi di dalam darah bayi (hyperglycaemia) lebih tinggi.

  1. Optimumkan kawalan masalah kesihatan.

Contoh :  Jika ada masalah tiroid, dapatkan nasihat doktor untuk mengawal kadar hormon dan mencegah komplikasi akibatnya. Guna kaedah yang sama untuk masalah kesihatan yang lain seperti masalah kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, penyakit mental, buah pinggang, sawan (epilepsy) dan anaemia.

Setiap masalah kesihatan ada komplikasi tersendiri kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Wanita yang ada masalah kurang darah merah (anaemia) juga dinasihatkan untuk ambil tambahan zat besi melalui makanan atau pil.

Penting untuk diketahui sebabnya. Jika tahap darah merah sebelum hamil sedia rendah, ditakuti akan terus menurun jika tidak dibantu dengan pemakanan tambahan zat besi. Secara purata wanita akan kehilangan darah yang agak banyak semasa melahirkan, sebab itu penting ada tahap darah merah yang baik.

  1. Semak ubat-ubatan yang sedang diambil sekarang.

Bukan semua ubat-ubatan selamat diambil semasa hamil dan dalam tempoh TTC.  Perlu nasihat doktor dan ahli farmasi untuk alternatif. Ini penting memandangkan perkembangan dan pembesaran bayi dalam kandungan turut sama terkesan jika perkara ini tidak diambil berat daripada awal. Sebaiknya jika mahu TTC, segera bertemu janji dengan doktor bagi menyemak senarai ubatan anda ya!

Makanlah asid folik semasa dalam TTC dan tiga bulan selepasnya. Ini penting bagi mengurangkan risiko masalah kecacatan tiub neural  (Neural Tube Defects)

Alhamdulillah. Di Malaysia, 3 perkara di atas adalah antara perkara yang dititikberatkan dalam klinik penjagaan pra-kehamilan. Perkhidmatan ini boleh didapati di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan.

Apa itu penjagaan pra-kehamilan?

Inilah antara langkah terpenting dilakukan sebelum hamil. Ia merangkumi penjagaan kesihatan wanita di usia reproduktif seperti :

  • Mempromosi dan memberi pendidikan kesihatan kepada wanita
  • Menyaring dan mengesan faktor risiko penyakit
  • Melakukan rawatan/pencegahan atas faktor risiko yang dikenalpasti
  • Mengoptimakan tahap kesihatan/penyakit sedia ada sebelum hamil
  • Menggalakkan kehamilan terancang

Kenapa pentingnya penjagaan pra-kehamilan ini?

  • Memastikan tahap kesihatan wanita optima sebelum hamil
  • Mengenalpasti faktor risiko kesihatan wanita dan mengawalnya.
  • Mengenaplasti faktor risiko genetik dan memberikan sokongan kaunseling dan pekhidmatan lanjutan
  • Membantu wanita mengurangkan risiko kesihatan dan kehamilan berkaitan berat badan, pemakanan, merokok, dadah dan lain-lain.

Anda adalah golongan sasaran klinik penjagaan pra-kehamilan ini sekiranya :

  • Berusia dalam lingkungan reproduktif dan ada masalah kesihatan
  • Telah berkahwin dan merancang untuk hamil
  • Berumur kurang daripada 18 tahun atau lebih 35 tahun dan merancang untuk hamil
  • Sejarah kandungan bayi ada kecacatan, keguguran berulang atau lahir mati (untuk kaunseling)

Jadi, pakat-pakat ke klinik kesihatan yang berdekatan dengan anda ya untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

Semoga ia dapat membantu anda untuk menempuh pengalaman kehamilan yang terindah insyaAllah.

#DoktorBidan

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Mencari seluar yang dapat meminimakan aurat terdedah semasa bersalin atau semasa pemeriksaan kewanitaan?

Malu dan segan kepada doktor dan misi semasa prosedur kewanitaan?

Mahukan seluar yang dapat memberikan keselesaan kepada ibu daripada kesejukan bilik bersalin di samping mementingkan keselamatan ibu dan bayi semasa proses kelahiran?

Kami ada sesuatu untuk anda!

Seluar bersalin mesra aurat MAMAPRIDE.

Beli di SINI!

#DoktorBidan menyokong penggunaan seluar bersalin mesra aurat MAMAPRIDE ini untuk wanita semasa bersalin dan semasa pemeriksaan kewanitaan (pap smear). Semoga usaha para doktor Muslim ini mendapat ganjaran selayaknya di sisi-Nya insyaAllah.

Seluar Bersalin Mesra Aurat MAMAPRIDE